Wednesday, 12 March 2014

[ PUZZLE.. puzzle ]

[ PUZZLE.. puzzle ] 

Apakah permainan puzzle ?

Ia adalah satu permainan utk melengkapkan tugasan dgn betul.
yg mana potongan2 kecil pelbagai bentuk dan saiz
yang diselerakkan, manakala pemain harus mencari dan meletakkan
semula potongan tersebut ditempat yang tepat dan betul. 

Kelebihan bermain puzzle, antaranya ialah:
1. Dapat membantu koordinasi mata dan tangan anak-anak, ini seterusnya dpt  memudahkan sikecil senang utk belajar diperingkat seterusnya spt membaca dan mengira. 
2. Permainan Puzzle membantu otak kanan dan kiri saling berhubung dan meningkatkan keupayaan untuk belajar dan menjadi anak yang pintar.
3. Membantu sikecil bermain sambil belajar dgn suasana yg mengembirakan, menyeronokkan kerana sikecil berasa amat teruja
apabila dpt melengkapkan puzzle tersebut.
4. Dapat dijadikan aktiviti bersama keluarga, kerana ianya sesuai utk peringkat umur, sikecil dpt bermain bersama adik-beradik malahan dgn ibubapa nya, ini dpt mengeratkan hubungan kekeluargaan.
5. Menguji daya kercedasan sikecil dalam menyelesaikan sesuatu masalah,

"ANAK GENIUS DARI IBU YANG GENIUS" 

Hanani Abdul Hamid
#FARISSABUTIKTHEWHOLESALER
The Best Resource for Educational toys/Learning Toys
Pakar Education & Learning Toys - Hanani Abdul Hamid

[ Apasal Mahalnya you jual ! saya dpt kedai lain murah je ]

[ Apasal Mahalnya you jual ! saya dpt kedai lain murah je ]

Apa perasaan anda ? kalau ada bakal customer bagitau mcm ni ?
Mula-mula senyum,, tarik nafas dalam-dalam 
dan bagitau ini pd diri sendiri, bukan rezeki kita,, 
Allah swt nak berikan rezeki yang lebih baik lagi,
dan biasanya saya guna ayat penenang :- 
>> SWSWSWSN - Some Will, Some Won"t, SO WHAT, NEXT!!!
If ada seorang yg menolak tawaran kita,,
fikirkan ada berjuta-juta lagi rakyat Malaysia di luar sana
yg belum kita bantu.

Customer ada hak utk memilih dan kita pula takde hak utk memaksa
mereka membeli barangan kita,

Its all about Cost..
Kos ini, kos itu, kos sinun dan mcm2 kos..
Harga yg diletakkan adalah harga yang telah kita campur dgn kos2
terlibat dlm kita nk mendapatkan hinggalah kita menjual barang tersebut.

Logik ke klu kita beli barang tu rm10, kita nk jual rm10 juga
if begitu , Lebih elok lagi kita niat bersedekah dan buat kebajikan.. 

Antara kos-kos yg kami perlu ambil kira :-

+ Kos Tiket Kapal Terbang ke China
+ Kos Penginapan Hotel, Makan , Transport
+ Kos Pengbungkusan dan upah tenaga buruh
+ Kos Shipping, tax , kastam
+ Kos sewa store
+ Kos bill api, telefon, internet
+ Kos upah gaji runner
+ kos gaji sendiri

Ada sesiapa nk tambah kos apa yg terlibat lagi ??

Hanani Abdul Hamid
#FARISSABUTIKTHEWHOLESALER
The Best Resource for Educational toys/Learning Toys

Pakar Education & Learning Toys - Hanani Abdul Hamid

I CAN DO IT !

I CAN DO IT !

kalau orang lain boleh, kenapa kita tak boleh ?

Hanani Abdul Hamid
#FARISSABUTIKTHEWHOLESALER
The Best Resource for Educational toys/Learning Toys
Pakar Education & Learning Toys - Hanani Abdul Hamid

[ TIps utk Start Bisnes for WAHM ]

[ TIps utk Start Bisnes for WAHM ]

Tips ni utk ibu bekerja yg nak jadi Work at HOme Mum (WAHM)

1. Kemahuan yang tinggi
Anda mesti ada kemahuan yg jelas, tekad yg jitu
sekirannya anda sudah buat keputusan utk berhenti kerja dan membuat bisnes dari rumah. Jangan berbelah bahagi lagi dgn keputusan tersebut.

2. Yakin BOleh
Katakan pada diri sendiri yang anda sememangnya boleh melakukan. ANda bolehberhenti kerja dan sanggup
mengambil risiko walau apa jua cabaran dan situasi yg
bakal anda hadapi.
BUang rasa takut seperti takut rugi, takut gagal, takut dgn kata2 kawan2 dan lain2.

3. Suka
Buat bisnes yg anda tahu dan ada kemahiran
mengenai nya. Anda memang suka serta minat
melakukan perkara tersebut.
cth, anda tahu buat tart nenas, mulakan dgn bisnes menjual tart nenas. atau anda boleh minat menjahit, mulakan bisnes tempahan tudung atau baju kurung,

Hanani Abdul Hamid
#FARISSABUTIKTHEWHOLESALER
The Best Resource for Educational toys/Learning Toys

Pakar Education & Learning Toys - Hanani Abdul Hamid

DIARI SEORANG SUAMI

Sharing dari whatapp group, nak kongsi bersama2 rakan disini,,
kita amik pengajaran yang baik2 sahja ye,,. 

30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..

Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..

setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..

Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..

sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak.

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.

Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...

Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung Rm15.00 tu....Uaaaaa Uaaaaa..isteri ku sayang.

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yg penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah kepadanya...Nak buat kerja lebih masa dan part-time nanti isteri mengeluh selalu tak lekat kat rumah...penat dia melayan kerenah anak anak sorang diri...tapi bila gaji tak cukup pun di sindir katakan suami tak jalankan tanggungjawab...bila mintak dibantu nanti di katakan itu tanggungjawab suami untuk sediakan nafkah anak isteri...lagipun dia katakan dah tlg bayarkan duit baby sitter yg sepatutnya tanggungjawab suami...

** after baca ni, rasanya bukan semua isteri tak bantu suami.
Jom para isteri sama bantu ringankan beban suami, berhemah dalam perbelanjaan atau tambah pendapatan dgn bisnes part-time.

[ Tips mengatasi Masalah KEwangan KEluarga ]

[ Tips mengatasi Masalah KEwangan KEluarga ]

Masalah kewangan ni kalau tidak diatasi
bole membawa kpd masalah yg lagi besar iaitu keretakan rumahtangga.
Daripada asyik bergaduh dan merungut, mari sama2 kita lakukan
perkara berikut :-

1. Masing2 perlu tahu rutin perbelanjaan keluarga.
Rekodkan pendapatan bulanan yg diterima dan tahu apakah yg dibayar setiap bulan ? spt sewa rumah,kereta, bil belanja dapur, dan lain
dan penting utk asingkan 10-20% simpanan
2. Cari ilmu pengurusan kewangan, bole dptkan buku yg berkaitan
atau rujuk pada individu yg mahir tentang kewangan supaya
kita dpt perbaiki lagi cara kita menguruskan pendapatan.
3. Mencari cara bagaimana utk tambahkan lagi pendapatan keluarga spt kerja lebih masa, part-time bisnes dan lain2.
4. Kawal perbelanjaan dgn berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat. seperti kurangkan makan diluar, bawa bekal ke tempat kerja,
5. Berbincang tentang perancangan masa hadapan. Apakah plan
supaya waktu tua dan persaraan nanti anda berdua mampu hidup tenang tanpa masalah kewangan.
6. Dalam urusan kewangan keluarga, suami isteri haruslah saling bekerjasama dan bukan hanya mengharap sebelah pihak sahaja. Masing-masing perlu ada peranannya sendiri.



 ANAK GENIUS DARI IBU YANG GENIUS 
Hanani Abdul Hamid
#FARISSABUTIKTHEWHOLESALER
The Best Resource for Educational toys/Learning Toys

Pakar Education & Learning Toys - Hanani Abdul Hamid

TRAGEDI !


 ANAK GENIUS DARI IBU YANG GENIUS 
Hanani Abdul Hamid
#FARISSABUTIKTHEWHOLESALER
The Best Resource for Educational toys/Learning Toys

Pakar Education & Learning Toys - Hanani Abdul Hamid

[ TAMBAH PENDAPATAN KELUARGA ]

[ TAMBAH PENDAPATAN KELUARGA ]

Kami sekali lagi membuka peluang untuk anda mengisi quota sbg ahli Team Reseller Rasmi FarissaButik TheWholesaler
Sertai kami menjana pendapatan yang LUMAYAN dengan memasarkan PRODUK EDUCATION AND LEARNING TOY..
TAWARAN EKSKLUSIF dengan modal MINIMA SERTA DAPAT
BENEFIT COACHING DAN TRAINING dari kami utk memulakan bisnes online sendiri..
BERMINAT menjadi RESELLER kami?

Berikan emel dan hp no utk kami hantar maklumat katalog serta syaratnya di :-
http://www.facebook.com/messages/PEMBORONGBAJUKANAK3

[ Bermain kinetic sand ]

[ Bermain kinetic sand ]

Anak2 sedang bermain pasir kinetic mlm2 ni
tak dpt bwk pegi main pasir pantai,, main kinetic sand pun pilihan yg bagus.
Aktiviti seronok utk bonding hubungan adik dan abang
masing2 nk buat bentuk kesukaan sndiri..

antara kelebihan lain aktiviti bermain pasir ialah
1. teknik psikoterapeutik yang membolehkan si kecil menyusun objek kecil dalam kotak/bentuk mengandungi pasir dan membina ‘dunia pasir’ mengikut dimensi dunia realitinya.
2. Bermain dengan pasir memberikan kanak-kanak peluang untuk meluahkan perasaan mereka dalam pergerakan, bunyi, simbol dan imej.

Kepentingan Terapi Pasir
1. Membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan.
2. Membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi
3. Merangsang pemikiran murid dan kanak2
4. Mengurangkan tekanan emosi
5. Membantu meningkatkan kemahiran sosial
6. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
7. Membantu meningkatkan keupayaan motor halus melalui aktiviti dalam terapi pasir.

 ANAK GENIUS DARI IBU YANG GENIUS 
Hanani Abdul Hamid
#FARISSABUTIKTHEWHOLESALER
The Best Resource for Educational toys/Learning Toys

Pakar Education & Learning Toys - Hanani Abdul Hamid

[ NOSTALGIA,, permainan masa kecik2 dulu ]


[ NOSTALGIA,, permainan masa kecik2 dulu ]

Masa zaman kanak2 riang dulu , belum ada lg tab, computer , ipad semua
mainan ini lah yg selalu saya dan kwan2 main
pernah main tak game card ni ??
SNAP , DONKEY, HAPPY FAMILY dan OLD MAID..

mungkin dikalangan kawan2 sy kt fesbuk ni pun penah main gak,,,
betul kan ? betul kan ?

Dulu2,harganya 50sen je sekotak,,
dgn harga tu dah buat kita seronok sangat dpt main2 dgn kawan2

kalau main SNAP, memang kecoh tak ingat
menjerit satu rumah nk sebut SNAP !!!
Main game donkey, pulak taknak langsung pegang kad gambar keldai itu

yang paling suka main hppy family,, misi utk lengkap family tersebut
dan kumpul sebanyak famly yg boleh..
ada MR, Mrs , Anak lelaki dan Anak perempuan..
minta dekat kawan sebelah, speaking english la konon..
eh bagus tau game ni utk galakkan kita belajar bahasa inggeris
" Can I Have Mr Bun please ??
kawan jawab " Here you are " klu takde kena jawab "sorry not at home "
then jawab balik " thank you"
lepas dah cukup 4 kad, cakap, " One happy Family !!

aduh , rindu nya zaman kanak2 dulu,, zaman bermain dgn riang...
Nak cari la game card ni nak main dgn anak2 dan satu keluarga
mesti seronok dan meriah kan,,

"ANAK GENIUS DARI IBU YANG GENIUS"
Hanani Abdul Hamid
#FARISSABUTIKTHEWHOLESALER
The Best Resource for Educational toys/Learning Toys

Pakar Education & Learning Toys - Hanani Abdul Hamid

[ Its NOW or NEVER ]

[ Its NOW or NEVER ]

Dulu masa time bekerja, makan gaji
pendapatan saya memang cukup2 shj,, 
ada kala negatif sbb ada benda terpaksa overspend

Sejak berbisness, alhamdulillah,,
banyak pencapaian dan kejayaan yg telah diperolehi,

Dgn berbisness kita dapat kebebasan,
bebas dari segi masa, tidak terikat dgn waktu kerja.
Kita adalah bos diri sendiri, kita yg tentukan masa utk bekerja
dan tentukan bila utk bercuti, tak perlu lagi isi borang
utk mohon cuti lebih bila time nk balik kampung tambah2 lagi
time cuti raya.. adeh tension bila org lain dpt cuti seminggu
tp boss bg cuti 2hari shj,, ye la bos tak sambut raya puasa.

dan yg paling best sekali financial freedom,
antara sbb kenapa seseorang itu nk berbisness
adalah kerana nak sumber pendapatan yang lebih
dan banyak,
kerana dpt bebas utk berbelanja tanpa had, boleh
beli apa2 yg kita nak, boleh melancong mana2 negara,
dan bebas juga utk bersedekah serta membantu
orang lain yg memerlukan.

Anda pun nk bebas dari segi masa dan bebas kewangan ??
Mulakan langkah utk berbisnes sekarang,,
tak kira apa jua bisnes pun,
mulakan sekarang !
Langkah beribu batu bermula dari langkah yg pertama...
Jika takut mencuba utk melangkah,
Sampai bila - bilapun tak merasa,
sebenarnya takut itu hanya ilusi minda sahaja,

Its NOW OR NEVER !!

Hanani Abdul Hamid
The Best Resource for Educational toys
Pakar Education & Learning Toys - Hanani Abdul Hamid

BESI, API, AIR, AWAN , ANGIN , BUKIT, MANUSIA, NAFSU

BESI itu kuat, tapi API mampu meleburkannya
API itu kuat, tapi AIR mampu memadamkannya
AIR itu kuat, tapi AWAN mampu menyerapnya
AWAN itu kuat, tapi ANGIN mampu menolaknya
ANGIN itu kuat, tapi BUKIT mampu menghalanginya
BUKIT itu kuat, tapi MANUSIA mampu menghancurkannya 
MANUSIA itu kuat, tapi NAFSU mampu menundukannya
NAFSU itu kuat, tapi IMAN mampu mengalahkannya

〃Tapi bila IMAN KUAT tiada apa yang mampu mengalahkannya
Ya ALLAH.. Kuatkan IMAN kami dimana saja kami berada..

amin..


Hanani Abdul Hamid
#FARISSABUTIKTHEWHOLESALER
The Best Resource for Educational toys
Pakar Education & Learning Toys - Hanani Abdul Hamid

Dear Valued Customers,

Dear Valued Customers,


Sila mesej kami di,
http://www.facebook.com/messages/PEMBORONGBAJUKANAK3
untuk order, pembelian dan pertanyaan
terima kasih  


Hanani Abdul Hamid
#FARISSABUTIKTHEWHOLESALER
The Best Resource for Educational toys
Pakar Education & Learning Toys - Hanani Abdul Hamid

Wednesday, 5 March 2014

Solat Sunat Tahajjud by http://shafiqolbu.wordpress.com/

Solat Sunat Tahajjud

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Firman Allah SWT.:
17:79
 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

.

Tujuan Solat Tahajjud

.
  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
.
.

Cara Mendirikan Solat Tahajjud

.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.
.

1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

Doa Sebelum Tahajjud
 .
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
.
.

2.  Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
.

3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

.
a)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)
 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
.
.

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

doa sujud akhir tahajud
.
.

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

.
.

6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

Doa Solat Sunat Tahajjud
.
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 
.
.

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

.
    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
.
.

Memudahkan Bangun Solat Malam

.
  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


sumber :-   http://shafiqolbu.wordpress.com/

[ CIUMAN AND KISSING ]


[ CIUMAN IBU , LINDUNGI BABY DARI PENYAKIT ]

Selepas baby lahir ke dunia, memang natural nya si ibu
akan memberi ciuman dgn penuh kasih sayang.
Ini adalah kerana ikatan kasih sayang yg terbentuk seawal
bayi berada di dalam kandungan ibu nyalagi.
Naluri keibuan juga mendorong si ibu memberikan ciuman kasih sayang yg
mendalam kepada bayinya dan sistem biologi tubuh manusia itu sendiri
memberi respon yg automatik kepada tindakan si ibu mencium bayi nya.

Tahukah anda, bahawa, ciuman seorang ibu juga dpt memberi bentuk proteksion/perlindungan kepada bayi nya terutama utk mencegah penyakit ??

Satu kajian dan survey yang di buat oleh Dr Tagg
menemukan kesimpulan bahawa apabila seorang ibu mencium bayi nya,
secara tidak langsung ibu mentransmisi sejenis bakteria yg tertentu yg dpt membantu utk membangunkan kekebalan bayi terhadap penyakit seperti flu dan radang.

Bukan hanya itu, malah pelukan ibu juga turut sama membantu pemulihan dan penyembuhan penyakit dengan cepat
Penelitian di Bliss Hospital, terutama pada anak-anak yang lahir pramatang di Montreal. Penelitian ini melibatkan 61 bayi.
Dalam penelitiannya, para ilmuwan mengambil sampel darah serta mengukur dan mengamati kecepatan denyut jantung, kadar oksigen dalam darah dan ekspresi wajah bayi. Hasil penelitian menunjukkan bahwa bayi dalam pelukan ibu mengalami proses kesembuhan lebih cepat.
Bayi-bayi ini merasa selesa setelah mendapatkan peluk dan cium dari ibu mereka.
Cium dan peluk baby anda setiap hari 
 "ANAK GENIUS DARI IBU YANG GENIUS" 

Hanani Abdul Hamid
 The Best Resource for Educational toys/Learning Toys 

Pakar Education & Learning Toys - Hanani Abdul Hamid

[ MAINAN PINTAR ]





[ MAINAN PINTAR ] 

Kami membekal mainan pintar yang interaktif utk merangsang minda 
dan kreativiti si kecil agar mereka dapat bermain sambil belajar serta dapat membentuk potensi diri yg positif...


 "ANAK GENIUS DARI IBU YANG GENIUS" 

Hanani Abdul Hamid
#FARISSABUTIKTHEWHOLESALER
The Best Resource for Educational toys/Learning Toys

[ Pelancaran dan Pengambilan rekrut ahli Team Reseller Rasmi]

[ Pelancaran dan Pengambilan rekrut ahli Team Reseller Rasmi]


Alhamdulillah,, yg ditunggu-tunggu sudah pun dilancarkan sebentar tadi,,
walaupun dlm hanya alam maya shj perlu war-war kan kerana
ini adalah deklarasi saya utk tambah nilai kepada hidup orang lain, membantu orang lain utk berjaya dgn mesej2 yg berinformasi.

Ribbon Cutting Ceremony dulu secara online, kerana
sy sudah pun visualise utk realisasikan dlm masa setahun lagi
utk acara ini dibuat di majlis perasmian Warehouse FARISSA BUTIK.

Kepada yg berkenaan sila cek emel anda,
baca, fahamkan dan reply emel tersebut dgn segera okey !
"fast action fast result "

Sekiranya tidak dapat sila cek di bahagian spam dan
Ada juga emel yg reject kerana tidak lengkap dan sebagainya
jadi anda perlu hantar emel request kepada "farissabutik@gmail.com"

Hanani Abdul Hamid
#FARISSABUTIKTHEWHOLESALER
The Best Resource for Educational toys/Learning Toys

Ps : Saya memerlukan 10 orang sahaja Reseller yang berminat utk
bersama-sama memasarkan produk education toy , concept toy dan barangan baby ..reseller tertakluk dgn term and condition...
Pakej reseller ini khas utk individu terutama surirumah, pelajar dan wanita yg bekerja yg mahu menambahkan pendapatan dan memulakan bisnes online sendiri dgn modal yg kecil dan minima.. 10 orang yg terawal akan mendpat FREE Coaching bagaimana memulakan bisness online.. saya akan lancarkan pakej ini dalam masa terdekat ( hooray ! katalog sudah ready !)

[ ARE YOU READY ?? ]

[ ARE YOU READY ?? ]


hai,, dah ready ke ? ready utk apa pulak ni ? ;p

Ni sedikit teaser utk yg dah bg detail emel dan hp no kepada saya
beberapa hari yang lepas,,
Katalog sudah ready sepenuhnya utk masuk
ke dalam inbox emel anda., hooray..!
Jadi saya minta anda selalu2 ye jenguk emel kerana
mungkin malam ini atau esok pagi saya akan blast katalog tersebut.,
bergantung kepada line internet, kdg2 mcm chipsmore pulak dia,,,hehehe..

Hampir 2 minggu utk katalog ini disiapkan
ini kerana saya mengambil masa utk
shortlist mainan pintar yg mempunyai value yg tinggi utk
pembelajaran dan keseronokan si kecil.. 

"Anak genius dari Ibu yang Genius"

Hanani Abdul Hamid
#FARISSABUTIKTHEWHOLESALER
The Best Resource for Educational toys/Learning Toys

Ps : Saya memerlukan 10 orang sahaja Reseller yang berminat utk
bersama-sama memasarkan produk education toy , concept toy dan barangan baby ..reseller tertakluk dgn term and condition...
Pakej reseller ini khas utk individu terutama surirumah, pelajar dan wanita yg bekerja yg mahu menambahkan pendapatan dan memulakan bisnes online sendiri dgn modal yg kecil dan minima.. 10 orang yg terawal akan mendpat FREE Coaching bagaimana memulakan bisness online.. saya akan lancarkan pakej ini dalam masa terdekat ( hooray ! katalog sudah ready !)