Wednesday, 5 March 2014



[ 12 SEBAB, Mengapa anda juga WAJIB mempunyai bisness online ]

1. Modal yang rendah 
Untuk mulakan bisness online, modal permulaan amat rendah. Contohnya, pada permulaan, saya hanya bermula dengan modal serendah RM1350. Anda boleh memulakan serendah RM1000 atau kurang lagi, untuk permulaaan bisness online. Ini agak berbeza dengan perniagaan offline, modal yang diperlukan agak tinggi, sekurang-kurangnya anda perlu menyediakan modal permulaan sekitar RM3000 untuk ‘setup’ sebuah kedai contohnya, stall kedai burger .

2. Masa Operasi 24 jam
Anda tidak perlu kedai fizikal dalam bisnes online. Jadi anda boleh beroperasi tanpa henti mengikut keupayaan anda. Bisnes boleh berjalan seperti biasa selama 24jam, 7hari seminggu dan 365 hari setahun. Anda masih boleh menerima pelanggan atau menerima bayaran biarpun ketika itu anda pergi bercuti sekiranya anda telah setup-kan sistem yang betul. Ini berbeza dengan bisnes offline yang terhad dengan masa, operasi kedai bermula 8 pagi hingga 10 malam, hari cuti am dan cuti musim perayaan kedai perlu ditutup.

3. Risiko yang Minima
Semua perniagaan mempunyai risiko yang tersendiri. Cumanya kelebihan bisnes online ini ianya mempunyai risiko yang paling rendah berbanding bisnes offline. Memandangkan modal permulaan juga agak kecil, anda tidak perlu berbelanja besar-besaran utk setup-kan sebuah kedai, kebanyakkan tapak-tapak niaga bisness online adalah percuma seperti Facebook, Blogspot, Twitter dan banyak lagi. Berbanding dengan bisnes offline anda mesti mengeluarkan modal untuk membeli aset dan peralatan yang sesuai utk bisnes offline anda, sekiranya bisnes offline anda gagal, aset dan peralatan tersebut tidak boleh digunakan lagi untuk bisness offline yang baru. Sebagai contoh, anda telah mengeluarkan modal untuk bisnes kedai burger tetapi peralatan tersebut anda tidak boleh gunakan untuk bisnes baru anda seperti kedai dobi. Berbeza dengan bisnes online pula, anda masih boleh mengubah-ubah produk jualan anda biarpun dengan hanya tapak yang sama seperti facebook. Anda tidak perlu risau kehilangan modal untuk tapak niaga. Sekiranya anda ada menyewa hosting biarpun pada suatu hari nanti anda mahu mengubah produk jualan, tapak tersebut masih boleh dipakai.

4. Masa Bekerja
Anda bebas tentukan masa bekerja yang anda suka semasa berbisnes online. Ini kerana setiap masa satu dunia melayari internet tidak kira waktu siang ataupun malam. Sangat mudah untuk anda menjalankan bisnes pada bila -bila masa yang anda suka. Walaupun anda mempunyai pekerjaan tetap, anda masih boleh berbisnes online selepas pulang dari kerja. Memang tiada had masa dan tiada kekangan dan tiada alasan lagi untuk anda mulakan bisnes online anda sendiri.

5. Tempat Bekerja

Wah! memang seronokkan? Sekiranya melihat pantai yang cantik dan laut yang membiru pada waktu kerja. Sekali lagi anda bebas tentukan tempat yang anda suka untuk menjalankan bisnes online. Samada di rumah, restoran, kampung malah ketika anda sedang melancong ataupun dalam percutian yang menyeronokkan. Asalkan anda mempunyai akses dengan internet untuk memudahkan anda online.

6. Jimat Kos, tidak perlu Sewa Pejabat atau Kedai
Percuma !!
Tahukah anda, anda tidak perlu pun membayar sewa pejabat ataupun kedai, kerana anda boleh memiliki pejabat dan kedai maya sendiri secara percuma.
Laman social seperti FACEBOOK, BLOGSPOT, TWITTER, YOUTUBE, adalah percuma. Anda cuma perlukan peralatan asas seperti komputer/laptop dan talian internet sahaja. Tapi sekiranya anda mahu tapak yang lebih selamat dan tanpa sebarang masalah yang di luar kawalan, anda boleh menyewa tapak hosting atau memiliki nama domain bisness online anda sendiri. Ini nampak lebih profesional serta meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap bisness online anda,

7. Lesen- Lesen Perniagaan
Untuk bisnes online, anda hanya perlu memohon lesen perniagaan daripada SSM sahaja, anda tidak perlu bersusah payah untuk memohon pelbagai lesen seperti bisnes offline,iaitu Lesen dari Majlis Perbandaran, Lesen Bomba, Lesen Institusi dan banyak lagi mengikut kategori perniagaan offline anda. Bagi bisness online hanya satu lesen daripada SSM sudah cukup untuk melayakkan anda berbisness secara sah di alam maya.

8. Multi-Bisnes
Tiada halangan untuk anda menjalankan pelbagai bisnes online dalam satu masa dan anda boleh menjalankan seberapa banyak bisnes yang anda mahu. Terpulang mengikut keupayaan dan kapasiti anda. Ini kerana setiap bisnes online, anda boleh jalankan secara automasi dengan pelbagai tools atau peralatan yang tertentu di internet. Tetapi adalah dinasihatkan anda bermula dengan satu bentuk perniagaan dahulu sehingga berjaya dan seterusnya anda boleh tambah bisnes anda dari masa ke semasa. Berbanding dengan perniagaan offline ianya mungkin akan membataskan anda untuk melakukan lebih daripada satu bentuk perniagaan. Mungkin anda hanya mampu jalankan cuma 2 atau 3 sahaja disebabkan kekangan masa dan keupayaan anda.

9. Jimat Masa ,
Dengan kelebihan bisnes online yang ada, anda tidak perlu bergerak ke sana ke mari hanya untuk berjumpa pelanggan atau menghantar produk anda. Anda boleh berjumpa pelanggan anda hanya dari komputer anda. Anda boleh menghantar informasi atau maklumat melalui sistem email, video dan pelbagai lagi tools yang ada. Malah anda boleh terus bersemuka dengan pelanggan anda melalui atas talian jika anda mahu. Berkaitan penghantaran produk pula anda boleh gunakan khidmat kurier, terdapat banyak perkhidmatan penyedia khidmat penghantaran melalui kurier, pilih saja yang mana sesuai dengan bisnes anda. Pendek kata tidak timbul isu komunikasi antara anda dan pelanggan anda.

10. Peluang Kerjasama ANtarabangsa
Masalah kedudukan geografi bukan lagi halangan untuk anda mengembangkan bisnes anda. Dengan bisnes online anda mampu melonjakkan prestasi perniagaan anda ke peringkat antarabangsa dan seluruh dunia dengan akses internet sahaja. Tiada batasan dan sempadan, untuk anda memasarkan produk ke serata dunia seperti Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand, US, Canada, Asia, Eropah dan banyak lagi.

11. Pelanggan ‘Bertingket-Tingket’
Oleh kerana anda menjalankan bisnes tanpa sempadan, dengan bisnes online ini, anda mampu menembusi segenap pelusuk dunia maka secara tidak langsung anda mempunyai pelanggan yang tiada had. Wah!, memang tidak terkira banyaknya pelanggan yang dapat anda bantu. Asalkan tempat pelanggan tersebut mempunyai akses internet untuk anda berhubung dengannya. Apabila ramai pelanggan , keuntungan anda juga pasti berganda-ganda. Tetapi perkara ini tidak mungkin terjadi dengan bisnes offline anda. Di mana anda terlalu bergantung dengan pasaran setempat atau bilangan penduduk di kawasan komuniti anda.

12. Duit Geli-Geli / Pasif Income
Setelah anda menjadi mahir dan pakar dalam bisnes online, kini anda berpeluang menjana pendapatan pasif atau ‘pasive income’. Dengan erti kata lain anda masih boleh menjana wang masuk ke poket anda walaupun ketika anda sedang lena tidur dibuai mimpi yang indah. Anda cuma perlukan sistem dan cara yang betul. Walaupun pada mulanya agak sukar tetapi semua perkara dapat diatasi dengan ilmu yang betul.

Jika anda tidak mencubanya sekarang dan masih terhegeh-hegeh anda tidak akan dapat pengalaman dan sampai bila-bila pun anda tidak akan berjaya menjana wang dari internet.


Hanani Abdul Hamid
#FARISSABUTIKTHEWHOLESALER
The Best Resource for Educational toys/Learning Toys

No comments:

Post a Comment