[TIPS AKTIVITI MERANGSANG KEMAHIRAN BAYI ]
1. Boneka Jari
Kemahiran yang dibentuk: visual, interaktif.
Baringkan bayi anda menelentang atau letakkannya dalam kerusi goyang bayi. Dengan menggunakan satu set boneka jari, samada yang dibeli atau dibuat sendiri (lihat cara-cara di bawah), letakkan satu boneka pada kedua-dua jari telunjuk anda. Dekatkan jari anda perlahan-lahan ke dalam jarak penglihatan bayi dan tunggu sehingga dia fokus pada muka boneka. Kemudian, perkenalkan setiap boneka kepadanya perlahan-lahan. Gunakan ayat yang mudah seperti, “Helo, saya si Kucing”. Ketika setiap boneka bercakap, bengkokkan jari anda ke hadapan supaya boneka itu tunduk kepada bayi anda. Tunggu sebentar, seolah-olah bayi akan menjawab, kemudian teruskan dengan membuat perbualan dengan boneka yang lain. Akhir sekali, letakkan kesemua boneka membentuk perbarisan, melompat-lompat dan keluar daripada pandangan bayi.
2. Memek Muka
Kemahiran yang dibentuk: pengecaman visual.
Apa yang anda perlukan: cermin kecil dan muka anda.
Buat permainan daripada kekaguman bayi terhadap raut wajah dengan membuat memek muka yang berlainan. baring di sebelahnya supaya muka anda lebih kurang setara dengan mukanya. Mulakan dengan menukar ekspresi muka anda perlahan-lahan, daripada ekspresi tersenyum kepada ekspresi terkejut kepada menjelir lidah. Kemudian ulangi ekspresi-ekspresi tersebut sambil berhenti seketika sebelum bertukar ekspresi, dan tunggu untuk melihat samada bayi anda cuba untuk meniru anda ataupun tidak. Gunakan cermin kecil untuk menunjukkan kepadanya ekpresi mukanya sendiri, sambil anda menerangkan: " Tengok ni bayi yang comel !" . Atau buatlah memek muka anda sendiri dalam cermin dan sengetkan cermin supaya dia boleh melihat muka anda dan imej dalam cermin pada masa yang sama.
"ANAK GENIUS DARI IBU YANG GENIUS"
Hanani Abdul Hamid
#FARISSABUTIKTHEWHOLESALER
The Best Resource for Educational toys/Learning Toys
No comments:
Post a Comment