Monday, 28 October 2013

Adding Value

Key Characteristics to Adding Value to Others :-

1. Acknowledge their accomplishments and achievements.
2. Support them in what they are doing.
3. Be available to them when they need you.
4. Challenge them to be all that they can be.
5. Assist them when and if possible (without doing it for them).
6. Motivate them to teach others what they know.
7. Let them know how much they are appreciated.
8. Give them due credit.
9. Help them to reach a goal.
10. Share your own knowledge, experience and understanding of things.
11. Provide additional or alternative perspectives to inspire their growth.
12. Listen.
13. Care.
14. Encourage them to live the Golden Rule.
15. Be kind.
16. Respect their unique abilities.
17. Befriend them.
18. Share a laugh.
19.Develop a real relationship with them.
20.Teach them a skill they do not have.

By KerryCarron



Tambah nilai hidup org lain, memang sangat mudah sebenarnya,,
mulakan dengan mendengar, ketawa bersama, support, kongsi pengalaman dan pengetahuan, dan mencabar,, 
boleh saya cabar anda semua berkongsi dengan saya, cara anda menambah nilai hidup orang lain ??




*************************************************************
HANANI ABDUL HAMID
PAKAR BISNES ONLINE BARANGAN BABY DAN KANAK2
NO 1 DI MALAYSIA

♥♥
Aja..aja... Fighting !
https://www.facebook.com/BUTIKFARISSA
Twitter :- https://twitter.com/HananiAbdHamid
https://www.facebook.com/PEMBORONGBAJUKANAK3?fref=ts

Sunday, 27 October 2013

Ayah Kaya dan Ayah Miskin


Poor Dad : I can't afford it."
Rich dad : How can I afford it?

My rich dad explain :-
That by automatically saying the words "I can't afford it" your brain stops working. 
By asking the question "How can I afford it?" your brain is put to work.


Uols kan  bila nak sesuatu mahal,,

apa yang uols buat or fikir kan ?
 contoh nya, bila nak sangat beli gelang emas or rantai emas ?
Tapi bajet ciput,,, or poket nipis,,
tapi jiwa ni meronta-ronta nak sangat, gelang emas tu,,
MEsti dalam hati cakap,, " takpe lah, ada rezeki nanti, bole lah beli,,"
or "tunggu la dapat duit tergolek nanti aku sambar"
 or  "Ujung tahun ni suami dapat bonus, nak minta dia belikan la "



Saya pula memang nak sangat nak pergi satu Kursus ni

tapi yuran nya dalam 5 angka juga, 

Sekarang saya dah buat plan untuk kumpulkan yuran kursus tersebut
saya mesti dapat kumpul duit yurang tersebut dalam masa 2 bulan ni,
strategi dah susun semua,, tindakan permulaan pun saya dah buat,,
Bukan lagi macam dulu lagi,, awal-awal lagi dah putus asa,
tunggu la, tengok lah atau mengharapkan rezeki tergolek..
Dan banyak juga idea yang datang lagi dan lagi..
Memang betul lah, kalau kita sentiasa tanya dan fikir
bagaimana cara nya ,sekiranya kita nak dapatkan sesuatu 
kita akan dapat idea, otak sentiasa berfikir dan fikir.
Semangat pula semakin berkobar-kobar nak
 capai target tersebut..




*************************************************************
HANANI ABDUL HAMID
PAKAR BISNES ONLINE BARANGAN BABY DAN KANAK2
NO 1 DI MALAYSIA

♥♥
Aja..aja... Fighting !
https://www.facebook.com/BUTIKFARISSA
Twitter :- https://twitter.com/HananiAbdHamid
https://www.facebook.com/PEMBORONGBAJUKANAK3?fref=ts

Friday, 25 October 2013

Duet Den Botingket-tingket

[ Duet Den Botingket-tingket ]

Tertarik dengan lirik lagu Waris ni


Duek den botingkek tingkek 5x
Dari Jolobu sampai Bongek

Koba an kek seluruh kampung 
Duek koteh nak di lambung
Kuek bona laie sombong 
Keto kek ghumah bersusun-susun

Duek tak abih bosambung sambung


Seronok betul kan, kalau kita ada duit bertingkat-tingkat macam gambar ni
apa lah yang nak dibeli tu agaknya,,,??

Ada orang tak suka duit,, katanya duit adalah punca kejahatan..
Duit menyebabkan orang jadi tamak, jadi gila kuasa 
dan duit juga menyebabkan ramai orang bergaduh, hilang nyawa..
Terbaru, duit juga menyebabkan seorang Pengawal KEselamatan
tidak amanah dan nyawa seseorang melayang atas sifat kejam nya,, 
fuh,, zalim dan kejam ,,,
Duit mampu menjadikan sesorang hilang pertimbangan,,


Apa sekali pun, duit tidak pernah bersalah
kenapa kita salahkan duit,,?
yang jahat or kejam sebenarnya adalah 
Sikap dan sifat Manusia itu sebenarnya,,

Memang orang kata , duit bukan segala nya
duit tak mampu beri kebahagian,,,

Tapi untuk hidup di dunia ini
hampir semua perkara perlukan duit,
Hatta nak buang air kecil sekalipun ..
Terpulang kepada kita untuk manfaatkan duit ke arah kebaikan








*************************************************************
HANANI ABDUL HAMID
PAKAR BISNES ONLINE BARANGAN BABY DAN KANAK2
NO 1 DI MALAYSIA

♥♥
Aja..aja... Fighting !
https://www.facebook.com/BUTIKFARISSA
Twitter :- https://twitter.com/HananiAbdHamid
https://www.facebook.com/PEMBORONGBAJUKANAK3?fref=ts

Thursday, 24 October 2013

If I Fail,,,

If I Fail, I TRY AGAIN AND AGAIN AND AGAIN








*************************************************************
HANANI ABDUL HAMID
PAKAR BISNES ONLINE BARANGAN BABY DAN KANAK2
NO 1 DI MALAYSIA

♥♥
Aja..aja... Fighting !
https://www.facebook.com/BUTIKFARISSA
Twitter :- https://twitter.com/HananiAbdHamid
https://www.facebook.com/PEMBORONGBAJUKANAK3?fref=ts

Melakar Impian,, Menyemai Harapan..

Melakar Impian,, Menyemai Harapan..


Saya tak pernah menulis impian,, apatah satu impian sekali pun

Apabila di suruh tulis 101 impian,, rasa macam nak pitam pun ada
susah nya tangan dan pen ni nak bergerak dan mulakan walau sepatah perkataan,,
fikir punya fikir,, apa impian aku nak tulis ni,,,
tak pernah ada impian lagi,, inikan mahu  menulis di atas kertas..

Impian terakhir masa di sekolah  dulu adalah,,
Impian nak masuk universiti , tapi dah tercapai
Dan selepas habis belajar,  impian nak ada karier yang bagus
jadi Auditor ,, tapi separuh jalan sahaja
Impian punya keluarga bahagia,, alhamdulillah,,tercapai..

Selepas beberapa impian ini tercapai,
terus berhenti melakar impian dan menyemai harapan..
apatah lagi nak menulis nya,,

Disuruhnya bukan satu dua impian yang perlu di tulis
tapi 101 impian,,, berserabut kepala otak, memikir
masa nak fikir impian apa ? apa yang nak ditulis ni, ?
fikiran blur, kertas pun  kosong,
rasa entah apa-apa  dan tak rasa apa-apa

Tahu ke ?Rupanya, penting nak tulis impian ini,,
bila kita tak tahu, apa yang kita impi kan,
macam mana kita nak capai nya ?
Dan semua orang berhak ada impian sendiri

Sebenarnya , fikir-fikir, kita semua  ni ada impian, betul kan ?
cuba uols fikir, pernah tak berangan-angan, macam ni,
Aku nak ada Rumah Banglo,.. dgn 10 orang maid,, ini contoh yea,,hehe,,
AKu nak ada Kereta Panamera warna Silver, no plat  HAH1818
Aku  nak pergi melancong satu dunia,,,  pergi Korea, jumpa Oppa Song Seung-Heon
Aku  nak tunaikan Haji dan nak bawak satu family pergi sekali..
AKu nak jadi Superman,, owh tak, ni bukan impian..

haa,,, itulah impian,, tapi ia nya mesti di tulis atas kertas
bukan sekadar berangan-angan di kepala..
rupanya,, memang sekadar angan-angan la kalau ia tak di tulis
Impian harus di tulis,, harus di notakan di atas kertas, baru lah jadi impian


Apabila sudah ada impian,,
Letakkan tarikh nya bila kita nak impian ini jadi kenyataan
Barulah impian tadi menjadi matlamat yang jelas
Disusuli pula perancangan dan tindakan untuk
 menjadikan impian tadi satu realiti,,
Kalau orang lain boleh capai impian mereka,,
Kenapa tidak kita ??Lu  Fikir la sendiri..
Eh,,Maksud saya, uols fikir lah impian sendiri,,

************************************
HANANI ABDUL HAMID
PAKAR BISNES ONLINE BARANGAN BABY DAN KANAK2
NO 1 DI MALAYSIA

♥♥
Aja..aja... Fighting !
https://www.facebook.com/BUTIKFARISSA
Twitter :- https://twitter.com/HananiAbdHamid
https://www.facebook.com/PEMBORONGBAJUKANAK3?fref=ts







Katak Katak,, kenapa ko panggil Hujan,,

Pernah dengar lagu bangau oh bangau,, ?
ada rangkap yang nyanyikan katak oh katak kenapa panggil hujan

Kali ni nak citer bukan katak yang panggil hujan, itu next story ,
tapi katak hodoh lagi gemuk dan menjijikkan,,


Sejak zaman saya bersekolah lagi
SEmua cikgu yang mengajar,, setiap kali kami nak tempuhi peperiksaan
selalunya dia akan bilang,,
" pelajar2,, sila jawab soalan yang mudah dahulu
soalan yang susah kamu tinggalkan,, nanti dah siap semua yang mudah
baru kamu jawab yang susah,,"
 betul kan uols ?
mesti cikgu sekolah uols,  bilang yang sama jugak,,

Rupanya, teknik ini tidak bisa di amalkan lagi,,
Boleh jadi, terikut2 dengan teknik ini,, sampai ke tika ini
kita sering melakukan kerja yang senang dahulu
Tapi kerja yang susah samada kita lambatkan atau tidak buat langsung.

Ini tips orang yang sudah berjaya, kata nya

Jika ada banyak katak-katak yang perlu di makan
yang pertama mesti pilih katak yang hodoh yang terjojol mata nya,,
lagi gemuk dan menjijikkan,,

Di mudahkan,, kiranya kita perlu membuat pekerjaan atau tugasan
pilih lah , kerja yang sangat penting, sangat susah, sangat sukar
atau yang sangat berat,  untuk dikerjakan dahulu..

INi kerana, apabila kita sudah biasa membuat kerja yang paling susah dahulu
bermakna,, kita hampir berjaya dan mudah menyiapkan kerja yang lain2
kerana kerja yang susah pun kita telah siapkan dengan segera
inikan pula kerja yang mudah lagi senang,,

Setiap kali kita bangun pagi, mulakan hari kita dengan
'Eat the UGLY Frog first"

Disiplin kan diri untuk segera menyiapkan kerja yang penting dan susah
sehingga kerja tersebut selesai, baru la uols buat kerja yang lain pula
mengikut priority masing2.



************************************
HANANI ABDUL HAMID
PAKAR BISNES ONLINE BARANGAN BABY DAN KANAK2
NO 1 DI MALAYSIA

♥♥
Aja..aja... Fighting !
https://www.facebook.com/BUTIKFARISSA
Twitter :- https://twitter.com/HananiAbdHamid
https://www.facebook.com/PEMBORONGBAJUKANAK3?fref=ts

Thursday, 17 October 2013

Two head is better then one

 Two head is better then one.

Dalam bisness, untuk proses kejayaan yang cepat, 
salah satu tips nya, adalah bekerja secara jemaah,,
Kita tak bole buat semua benda seorang atau secara solo.

Contohnya, bisnes restauran,
pegi pasar kita, yang masak pun kita, then lepas masak
nk hidang dan amik order serta nak jaga kaunter juga kita,, memang penat lah kan

Di sarankan,, bisnes ini kita buat secara kerjasama atau jemaah dengan orang yang kita percaya.

ada satu pepatah yang saya nak kongsikan


“I can do things you cannot, you can do things I cannot; together we can do great things.” 

― M.Teresa


************************************
HANANI ABDUL HAMID
PAKAR BISNES ONLINE BARANGAN BABY DAN KANAK2
NO 1 DI MALAYSIA

♥♥
Aja..aja... Fighting !
https://www.facebook.com/BUTIKFARISSA
Twitter :- https://twitter.com/HananiAbdHamid
https://www.facebook.com/PEMBORONGBAJUKANAK3?fref=ts

[ Sedekah KETIKA SUSAH ]

[ Sedekah KETIKA SUSAH ]

Orang kaya yang selalu bersedekah itu lumrah, 
kerana sudah memilik kemampuan dan tidak pula berat bagi nya,

Tetapi orang yang istimewa di hadapan Allah adalah orang miskin dan sempit hartanya
masih ada kekuatan utk bersedekah.

Doa orang yang bersedekah di kala susah adalah sangat mustajab kerana
di dalam keadaanya itu, dia berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan doa yang lebih khusuk.
Perlu diketahui, Allah akan mengabulkan doa hamba-Nya yang 100% menggantungkan harapannya hanya kepada Allah S.W.T



KISAH TAULADAN DARI RAKAN FB - Baharuddin Mohamed.
diceritakan pada satu kisah seorang banduan dan akhirnya menjadi seorang usahawan.

Seorang banduan Hassan yang 7 tahun merengkok dalam penjara akhirnya keluar. Dia amat bersyukur dengan nikmat bebas. dia bertekad untuk menjadi seorang yang berguna, lebih lagi latihan dan kekuatan kerohanian yang ditanamkan semasa dipenjara sungguh menginsafkan.

Dia balik kerumah ibunya dengan keadaan tidak punya apa-apa. dia hanya punya seratus ringgit ditangan nya dan dia bertekat untuk memulakan perniagaan pertamanya.

Dia buntu nak mulakan untuk menjual apa sedangkan modal ditangan hanya ada seratus. Dengan duit yang ada dia menjual nasi bungkus yang bernilai RM3 sebungkus. Dengan modalnya dia mendapat 50 bungkus. Jika dijual semuanya dia akan mendapat RM150.

Dia memulakan langkahnya dan dia membuka gerai kecil dengan meja dan kerusi di laluan sibuk. Dari pagi hingga tengah hari dia menjual tetapi hanya 3 bungkus sahaja yang laku dijual. dia sedih dan amat sedih. dari duitnya ada seratus kini duitnya hanya ada rm10 sahaja.

Semalaman dia berdoa dan berfikir untuk memulakan sesuatu yang baru, memohon moga Allah berikan rezeki yang melimpah ruah padanya.

hari kedua hassan tidak boleh lagi menjual nasi kerana dia tiada modal. berbekal RM10 dia bertanya ibunya yang tua.

"ibu apa lah nasib saya, duit tinggal sepuluh ringgit apa saya nak berniaga"
ibu menyebut "kau sedekahkan lah duit itu"
"aku nak makan apa, ini sahaja yang tinggil bu"
ibunya menyahut "setiap satu kau beri, Allah berikan 10 pada kau"
....

Dia membeli kacang dan dibungkuskan kecil-kecil, dibawa bakulnya juga kepasar untuk menjaja. kali ini dia dapat lebih kurang 20 bungkus dari modalnya. dia menjual seringgit sebungkus. Sudah laku 10 kali ini..dia semangat.

dalam perjalanan, masuk waktu zuhur. bergegas dia ke masjid. dalam keadaan tergesa dia meletakan bakulnya di tepi tangga masjid dan dia sembahyang. lepas sembahyang dapat dia berjumpa dengan imam masjid tersebut dan berbual-bual dan menceritakan kisah semalam.

setelah mahu pulang dia melihat bakulnya kosong dengan kacang tadi. dia bercakap dengan imam tadi dan imam tadi berkata "niatkan sedekah kerana Allah akan gantikan". makmum ingat hassan mahu bersedekah dengan memberi kacang di tepi tangga. dia tunduk dan insaf dengan berkata "saya sedekahkan semuanya".

Dia ambl bakul tersebut ...subahaallah ada duit didalamnya. rupanya ada rm 100 didalam bakul itu dicampak duitnya oleh jemaah semasa mereka ambil kacangnya. Allah gantikan mudah bila dia kehendaki. semua perkara logic jadi tak logic.

Dia bersandar di tiang merenung kuasanya sedekah, Allah gantikan sungguh cepat. mohon lah apa sahaja yang kita mahukan, Allah maha pemberi, maha mengetahui dan maha kuasa.


*******************************
HANANI ABDUL HAMID
PAKAR BISNES ONLINE BARANGAN BABY DAN KANAK2
NO 1 DI MALAYSIA

♥♥
Aja..aja... Fighting !
https://www.facebook.com/BUTIKFARISSA
Twitter :- https://twitter.com/HananiAbdHamid
https://www.facebook.com/PEMBORONGBAJUKANAK3?fref=ts

Saturday, 12 October 2013

Tabung Ayam, Tabung Harimau , Tabung sotong

[Tabung Ayam, Tabung Harimau , Tabung Sotong dan Tabung BEdak]


Berapa banyak tabung yang perlu kita sediakan ?

sebijik , dua bijik or berbijik2 ?
Tabung ayam mesti dah tau kan,, 
di rumah saya takde tabung ayam, tapi ada Tabung Bedak  
saya amik dari bekas bedak yang kosong uols, Bedak Johnson, 
utk isikan duit syiling yang bersepah2 bertaburan di lantai,

Tabung Harimau dan Tabung sotong, ini dah femes di alam maya,,

main klik2 sahaja,, 

Ketika belajar di satu kelas bulan JUlai tahun ini,

kami di ajar mesti buat 6 tabung,, 
masa dengar tu, 
"mak aii,,!!  banyak betul tabung nak buat ni,
yang  tabung bedak sebijik ni pun bukan main payah lagi aku nak bagi penuh,,"

CIkgu cakap Setiap tabung ni ada tujuan nya masing2..

iaitu ;-  FFA , CHARITY, LTSS, FUN/PLAY, NEC, EDU,

Lepas tu cikgu ajar,, jangan sekali2 buat tabung emergency..
Eh nape pulak cikgu,,??  lagi lah bertambah pelik
tadi dah suruh buat 6 tabung, kalau tambah sebijik lagi tabung emergency , bagus jugak..

Rupanya cikgu cakap, kalau kita tambah tabung emergency
bermaksud kita  menjangkakan perkara itu akan berlaku
dan seolah2 kita menarik benda emergency ni akan ada dan selalu ada,
itu yang setiap bulan ada shj perkara2 emergency ni berlaku
sebab nya, otak kita ni dok selalu fikir benda emergency yang bakal nak berlaku
contoh nya, bulan tu, kita spare untuk duit klinik anak demam , duit peti ais rosak, mesin basuh rosak, keta rosak dan banyak lagi benda2, dan kalau di perhatikan setiap bulan ada shj benda2 emergency ni berlaku
ialah sebab dah setiap bulan kita p buat budget kat dia,, dia mai la selalu,,,

Ooo,, terlopong mulut jap,, betui gak kata cikgu kan,,
Carilah apa2 bekas utk buat 6 Tabung ye uols,,
balang kosong bekas kuih raya pun bole,, ngeee  :)



HANANI ABDUL HAMID
PAKAR BISNES ONLINE BARANGAN BABY DAN KANAK2
NO 1 DI MALAYSIA

♥♥
Aja..aja... Fighting !
https://www.facebook.com/BUTIKFARISSA
Twitter :- https://twitter.com/HananiAbdHamid
https://www.facebook.com/PEMBORONGBAJUKANAK3?fref=ts

MASALAH,,masalah,, adalah WANG BESAR..

[MASALAH,,masalah,, adalah WANG BESAR..]

Masalah ini lah merupakan salah satu turning point 

saya untuk mempunyai minat sedikit demi sedikit dalam bisness sebenarnya.

Hampir setiap petang selepas pulang kerja,

Saya mempunyai masalah halaman rumah yang bersepah-sepah
dengan sampah-sampah plastik aiskrim dan makanan ringan yang di buang 
oleh kanak2 yang bermain di depan rumah saya,
Kerana  halaman rumah saya masa tu jadi tempat bermain mereka.
setiap petang, hari-hari selepas balik kerja , saya wajib menyapu dan membersihkan
sampah2 plastik makanan ringan dan plastik aiskirm yang mereka buang di depan rumah.

Timbul pula idea, daripada saya buat kerja DBKL ni free2 shj

baik saya sendiri yang supply pada diorang,,dan
 ini di sokong sepenuhnya oleh TUan PEnasihat , tapi beliau tak amik komisyen pun,,hehehe

Kami pun mula mendapatkan bekalan dari Pemborong Keperluan RUncit

dan mendapatkan stok-stok keropok, biskut , coklat ,gula2 dan lain2.
Masa tu saya cuma letakkan stok2 tersebut di bilik tetamu yang kami ubahsuai
menjadi minishop.
Setiap petang kanak2 ini akan menunggu saya balik kerja untuk membeli jajan.
Best lak rasanya, customer yang tunggu kita,.

Atas permintaan, mak2 budak ni pula minta saya jual keperluan dapur

seperti  beras, gula, susu, bawang2 dan lain2 lagi,.

Alhamdulillah, kedai kecil saya itu sangat laju jualan nya..

Hampir setiap minggu saya ke Kedai Pemborong untuk tambah stok.
Walaupun untung setiap item sangat-sangat kecil sebenarnya,, 
tetapi rasa seronok dan gembira, sebab saya dah mula suka lakukan nya.


*************************************************************
HANANI ABDUL HAMID
PAKAR BISNES ONLINE BARANGAN BABY DAN KANAK2
NO 1 DI MALAYSIA

♥♥
Aja..aja... Fighting !
https://www.facebook.com/BUTIKFARISSA
Twitter :- https://twitter.com/HananiAbdHamid
https://www.facebook.com/PEMBORONGBAJUKANAK3?fref=ts


Friday, 11 October 2013

DI RACUN suami,,

[DI RACUN suami,,]

Pada awal nya , dulu2, saya memang tak minat langsung nak berniaga

Tak pernah pun ada cita-cita nak jadi usahawan / bisnesswoman.
Sebab bagi saya macam susah, family pun takde background dalam bisness,
Then, fikir perlukan modal yang besar dan macam2 lagi lah halangan yang saya fikir


Saya masih ingat, semasa saya bekerja sebagai Admin Officer di sebuah kilang
Suami saya berikan katalog pinggan mangkuk untuk saya bawa ke kilang,
Masa tu suami saya memang suruh berbisnes, hari2 dia racun,
buat la bisnes ni,, buat la bisnes tu,, bagus ni, bla,,bla..bla.. dan bla,,
ada sahaja idea bisness yang dia bagi, then setiap kali tu lah saya menolak,
sebab saya tak minat..

Suatu hari tu, saya bawa la juga katalog tu ke Kilang

Mula-mula nak start  tu agak malu lah jugak kan,,
Saya cuba juga letak katalog tu di bilik rehat pekerja,
Dengan tak di sangka ramai pulak yang order,..
So bermula lah part time bisness saya sebagai dealer produk pinggan mangkuk,,hehehe
Masa kira keuntungan tu, bukan main seronok rasanya,,
Untung jual pinggan mangkuk tu hampir nak sama gaji saya sebulan,,
Baru la rasa macam best jugak berbisness ni,,
DUit gaji bulan2 pun dapat dan duit part time bisness pun dapat..
(bersambung... )



*******************************************

HANANI ABDUL HAMID
PAKAR BISNES ONLINE BARANGAN BABY DAN KANAK2
NO 1 DI MALAYSIA

♥♥
Aja..aja... Fighting !
Blogspot : http://www.hananiabdulhamidthewholesaler.blogspot.com/
https://www.facebook.com/BUTIKFARISSA
Twitter :- https://twitter.com/HananiAbdHamid
https://www.facebook.com/PEMBORONGBAJUKANAK3?fref=ts










Thursday, 10 October 2013

THE ZORRO,, yang membuka topengnya

Ibarat The zorro yang membuka topengnya,,


Mesti uols kenal The Zorro kan ??
Hero tangkas bermain pedang yang menutup mukanya
dengan topeng hitam dan memakai topi.
The Zorro memakai topeng untuk menyembunyikan  wajah
 dan identiti nya dari dikenali.

Sewaktu saya mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan online
Saya  seperti  The Zorro yang tidak mahu dikenali
dan saya lebih selesa menyembunyikan identiti sendiri dari diketahui atau dikenali oleh pelanggan mahupun rakan-rakan sendiri
Pada saya, pendedahan identiti itu tidak penting dan tidak akan beri kesan pada perniagaan kerana memang dari dulu lagi, saya seorang pendiam dan tidak suka dikenali.

Apabila saya menghadiri kelas bersama beberapa Tokoh Bisnes berjaya
antara nasihat mereka ialah :-

1. Bina kepercayaan pelanggan dengan menyerlahkan identiti dan penampilan yang menarik
sebelum memulakan urusniaga.

2. Contohi gaya bisnes,  Nabi Muhammad S.A.W yang mengbrandkan dirinya sebagai Al-AMin, iaitu  Yang Jujur, Amanah dan yang dapat Dipercayai
Dengan gelaran Al-Amin inilah Nabi Muhammad mudah diberi kepercayaan dan peluang untuk bekerjasama dalam perniagaan di kalangan Ahli2 perniagaan yang berjaya,

3. Positioning diri, untuk dikenali dan memberi gambaran yang jelas kepada pelanggan
dan bonusnya dapat menarik perhatian editor , media  dan peluang lain2.

4. Dalam bisnes, adalah satu "dosa" jika bisnesman tersebut tidak mahu dikenali.

Selepas tamat kelas, hampir seminggu saya juga saya  fikir dan memahami maksud yang mereka sampaikan. Saya berbelah bahagi utk mengikut kata-kata mereka tersebut.

Apabila saya tanya dengan suami , katanya fikir betul2 apa tujuan dan matlamat kita untuk dikenali adakah untuk glamer dan famous semata-mata atau niat untuk memberi manfaat kepada orang lain,

Akhirnya, saya berpegang pada kata2 guru tersebut, pilih niat yang betul,
Niat dikenali supaya dapat membantu dan menambahnilai pada ramai orang,
Step pertama saya sudah mula meng uplodkan picture sendiri sebagai profile
yg mana sebelum ini saya lebih selesa dgn menggunakan gambar anak.
Sekarang sedang kumpul kekuatan dan keyakinan utk guna picture sendiri 
di facebook bisness dan Fanpage yang mepunyai lebih 50,000 rakan.
Doakan saya ye teman2,,,  :)


*************************************************************
HANANI ABDUL HAMID
PAKAR BISNES ONLINE BARANGAN BABY DAN KANAK2
NO 1 DI MALAYSIA

♥♥
Aja..aja... Fighting !
https://www.facebook.com/BUTIKFARISSA
Twitter :- https://twitter.com/HananiAbdHamid
https://www.facebook.com/PEMBORONGBAJUKANAK3?fref=ts








Wednesday, 9 October 2013

Saya tak jual cake,, dan bukan strawbericake lagi,,

Bukan strawbericake lagi,,


Ok, hari ini saya berjaya tukar nama nickname,,
sebabnya  ramai sangat yang mosykil dan Konfius,,,

eh, kenapa strawbericake,, ? jual kek ke ? buat kek ke ?
soal seorang kakak yang agak blur-blur "katak"
masa saya jumpa dia di satu majlis ilmu, coz dia nak add FB saya..
dan ada juga rakan2 yang personal  mesej di FB dan tanya soalan yang sama,,
aish,, letih  kak long nak jawab derr..
Ai jawab, "tak de jual cake pun" , "buat pun tak pandai,,"
 tapi  kalau makan, pandai la..hehe

Actually nama "strawbericake" tu , datang dari nick name saya semasa berforum dolu2,,
sebelum berfacebook, memang aktif la berforum,,
Eh ! bukan macam forum hal ehwal islam tu..
Ini forum dalam tenet,,  korang faham ke ?
Strawbericake tu nama watak kartun yang anak saya minat, " strawberishortcake"
haa, gitulah asal-usul nya nama tu,,

OK,  fikir punya fikir,, tiba2 macam nak tukar , ada sebab sebenarnya , kena tukar
 dan saya mesti pilih !, jeng,,jeng,,  nickname  "The wholesaler" , !!

Time ni, bila ada yang tanya " nape wholesaler ? borong apa ? barang apa ? "
bila  dia dah tanya,,,
Saya jawab "Selamat Hari Raya" or "hari hari, hari raya.."
hahaha,,,, gurau je,,  

HANANI ABDUL HAMID
PAKAR BISNES ONLINE BARANGAN BABY DAN KANAK2
NO 1 DI MALAYSIA

♥♥
Aja..aja... Fighting !
https://www.facebook.com/BUTIKFARISSA
Twitter :- https://twitter.com/HananiAbdHamid
https://www.facebook.com/PEMBORONGBAJUKANAK3?fref=ts