Masalah ini lah merupakan salah satu turning point
saya untuk mempunyai minat sedikit demi sedikit dalam bisness sebenarnya.
Hampir setiap petang selepas pulang kerja,
Saya mempunyai masalah halaman rumah yang bersepah-sepah
dengan sampah-sampah plastik aiskrim dan makanan ringan yang di buang
oleh kanak2 yang bermain di depan rumah saya,
Kerana halaman rumah saya masa tu jadi tempat bermain mereka.
setiap petang, hari-hari selepas balik kerja , saya wajib menyapu dan membersihkan
sampah2 plastik makanan ringan dan plastik aiskirm yang mereka buang di depan rumah.
Timbul pula idea, daripada saya buat kerja DBKL ni free2 shj
baik saya sendiri yang supply pada diorang,,dan
ini di sokong sepenuhnya oleh TUan PEnasihat , tapi beliau tak amik komisyen pun,,hehehe
Kami pun mula mendapatkan bekalan dari Pemborong Keperluan RUncit
dan mendapatkan stok-stok keropok, biskut , coklat ,gula2 dan lain2.
Masa tu saya cuma letakkan stok2 tersebut di bilik tetamu yang kami ubahsuai
menjadi minishop.
Setiap petang kanak2 ini akan menunggu saya balik kerja untuk membeli jajan.
Best lak rasanya, customer yang tunggu kita,.
Atas permintaan, mak2 budak ni pula minta saya jual keperluan dapur
seperti beras, gula, susu, bawang2 dan lain2 lagi,.
Alhamdulillah, kedai kecil saya itu sangat laju jualan nya..
Hampir setiap minggu saya ke Kedai Pemborong untuk tambah stok.
Walaupun untung setiap item sangat-sangat kecil sebenarnya,,
tetapi rasa seronok dan gembira, sebab saya dah mula suka lakukan nya.
*************************************************************
HANANI ABDUL HAMID
PAKAR BISNES ONLINE BARANGAN BABY DAN KANAK2
NO 1 DI MALAYSIA
♥♥
Aja..aja... Fighting !
https://www.facebook.com/
Twitter :- https://twitter.com/
https://www.facebook.com/
No comments:
Post a Comment