Thursday, 24 October 2013

Melakar Impian,, Menyemai Harapan..

Melakar Impian,, Menyemai Harapan..


Saya tak pernah menulis impian,, apatah satu impian sekali pun

Apabila di suruh tulis 101 impian,, rasa macam nak pitam pun ada
susah nya tangan dan pen ni nak bergerak dan mulakan walau sepatah perkataan,,
fikir punya fikir,, apa impian aku nak tulis ni,,,
tak pernah ada impian lagi,, inikan mahu  menulis di atas kertas..

Impian terakhir masa di sekolah  dulu adalah,,
Impian nak masuk universiti , tapi dah tercapai
Dan selepas habis belajar,  impian nak ada karier yang bagus
jadi Auditor ,, tapi separuh jalan sahaja
Impian punya keluarga bahagia,, alhamdulillah,,tercapai..

Selepas beberapa impian ini tercapai,
terus berhenti melakar impian dan menyemai harapan..
apatah lagi nak menulis nya,,

Disuruhnya bukan satu dua impian yang perlu di tulis
tapi 101 impian,,, berserabut kepala otak, memikir
masa nak fikir impian apa ? apa yang nak ditulis ni, ?
fikiran blur, kertas pun  kosong,
rasa entah apa-apa  dan tak rasa apa-apa

Tahu ke ?Rupanya, penting nak tulis impian ini,,
bila kita tak tahu, apa yang kita impi kan,
macam mana kita nak capai nya ?
Dan semua orang berhak ada impian sendiri

Sebenarnya , fikir-fikir, kita semua  ni ada impian, betul kan ?
cuba uols fikir, pernah tak berangan-angan, macam ni,
Aku nak ada Rumah Banglo,.. dgn 10 orang maid,, ini contoh yea,,hehe,,
AKu nak ada Kereta Panamera warna Silver, no plat  HAH1818
Aku  nak pergi melancong satu dunia,,,  pergi Korea, jumpa Oppa Song Seung-Heon
Aku  nak tunaikan Haji dan nak bawak satu family pergi sekali..
AKu nak jadi Superman,, owh tak, ni bukan impian..

haa,,, itulah impian,, tapi ia nya mesti di tulis atas kertas
bukan sekadar berangan-angan di kepala..
rupanya,, memang sekadar angan-angan la kalau ia tak di tulis
Impian harus di tulis,, harus di notakan di atas kertas, baru lah jadi impian


Apabila sudah ada impian,,
Letakkan tarikh nya bila kita nak impian ini jadi kenyataan
Barulah impian tadi menjadi matlamat yang jelas
Disusuli pula perancangan dan tindakan untuk
 menjadikan impian tadi satu realiti,,
Kalau orang lain boleh capai impian mereka,,
Kenapa tidak kita ??Lu  Fikir la sendiri..
Eh,,Maksud saya, uols fikir lah impian sendiri,,

************************************
HANANI ABDUL HAMID
PAKAR BISNES ONLINE BARANGAN BABY DAN KANAK2
NO 1 DI MALAYSIA

♥♥
Aja..aja... Fighting !
https://www.facebook.com/BUTIKFARISSA
Twitter :- https://twitter.com/HananiAbdHamid
https://www.facebook.com/PEMBORONGBAJUKANAK3?fref=ts







No comments:

Post a Comment