Monday, 7 October 2013

NIkmat Sepinggan Nasi PUtih kosong

[ NIkmat Sepinggan Nasi PUtih kosong]

Lepas habis shopping beli barang dapur kat Hypermarket
Saya dan hubby singgah kedai makan utk makan malam.
Kami order Nasi goreng Kampung , Nasi Goreng CIli padi
Bersama TEh O ais. Masa tengah sedap makan tu,
Tiba-tiba, mai mana, datang seorang lelaki yang agak selekeh, baju pun comot2,,
Mundar mandir kat situ,, hati rasa macam tak sedap,, 
Tapi tak pe la, kami pun teruskan makan, then saya dok ushar-ushar lah kat lelaki tu,.
Just nak perhatikan apa yang dia buat,, tapi dia just berdiri mcm tunggu orang, tak de la pula minta derma ke ..
Then , saya sambung makan,, sebab nasi goreng tu tak berapa kick dan kena dengan tekak,
Nasi goreng tu saya tak dapat nak abiskan,,,
Lepas tu, saya lihat lelaki tersebut menghampiri tukang masak dan minta sesuatu..
Ya Allah !, rasa tergamam melihat lelaki tersebut hanya mampu membeli nasi putih tanpa lauk..
Air mata hampir mengalir sebak, melihat nasi goreng yang saya tidak habiskan,,
Bila mana melihat ada insan yang Cuma mampu membeli nasi putih kosong dengan berulamkan air masak sahaja,,
Ketika itu baru lah terasa nikmat nak bersyukur sedang kami mampu makan nasi goreng yang berlaukkan ayam dan daging, ada insan yang Cuma mampu makan nasi putih kosong sahaja..
Kadang2 kita rasa kita pernah hadapi ujian berat dalam hidup tapi ada orang yang lagi berat ujian nya,, huhuhu...
Sebelum balik , kami sempat berikan sedikit sumbangan kepada lelaki tersebut.
Hati berazam memang akan tingkatkan lagi kapasiti kewangan agar dapat bantu insan2 yang memerlukan,,
Ya Allah, permudahkan lah urusan kami untuk menambah nilai hidup orang lain.. amin
*******************************************
HANANI ABDUL HAMID
PAKAR BISNES ONLINE BARANGAN BABY DAN KANAK2
NO 1 DI MALAYSIA

♥♥
Aja..aja... Fighting !
https://www.facebook.com/BUTIKFARISSA
Twitter :- https://twitter.com/HananiAbdHamid
https://www.facebook.com/PEMBORONGBAJUKANAK3?fref=ts

No comments:

Post a Comment