Wednesday, 2 October 2013

Anak Kecil Berfikiran GERGASI


"Nah mama ,, duit collection sales hari ini " kata Dira

wah nampak nya skill komunikasi dan keyakinan anak sulong saya semakin meningkat hari2.. alhamdulillah,,,
walaupun dgn mata kasar, dia menjual,, tetapi sebaliknya dia akan bercakap dan membantu tambah nilai kepada kawan2 yg mana secara tak langsung meningkatkan kemahiran berurusan dgn pelanggan...

Pernah suatu hari,, dia dgn berani ckp, " Mama, dira nk suruh acik bookstore tolong jual brg ni la,
 kecik2 lagi dah ada strategi pasang agen,, sbb dia tahu, acik bookstore ada byk gajah dtg singgah,

Sebenarnya anak saya Fatin Nurhadirah berusia 9 tahun.
Pada usia dia 7 tahun lagi, saya sudah mula mengasah dan mengilap bakatnya untuk minat dalam bisness.
Saya beri dia 10pcs brooch kartun untuk di jual di sekolah,, dan Dira balik dengan membawa balik plastik kosong dengan mengatakan barang jualan habis di jual,, apabila ditanya duit collection, katanya kawan nya tak beri duit pun dia cuma "jual" sahaja tanpa menerima duit bayaran. 
Sesi pertama jualan Dira mengalami kerugian dan tidak pulang modal langsung,,

Semasa berumur 8 tahun, ketika bercuti di kampung, Dira mempelajari skill menjual "door to door"
yang mana dia pusing satu kampung bersama kawan2 baru nya untuk menjual beg-beg comel yang saya import dari pembekal terbesar dunia China. 
Saya dan suami telah menerangkan konsep modal, kos , untung dan rugi kepada nya dan teknik upsell sekiranya pembeli meminta diskaun. Alhamdulillah,, kali ini, jualan Dira sangat menakjubkan,, dia berjaya mendapat
collection jualan RM200 pada hari itu,, 
HANANI ABDUL HAMID
PAKAR BISNES ONLINE BARANGAN BABY DAN KANAK2
NO 1 DI MALAYSIA

Aja..aja... Fighting !
https://www.facebook.com/BUTIKFARISSA
Twitter :- https://twitter.com/HananiAbdHamid

https://www.facebook.com/PEMBORONGBAJUKANAK3?fref=ts

No comments:

Post a Comment