Thursday, 10 October 2013

THE ZORRO,, yang membuka topengnya

Ibarat The zorro yang membuka topengnya,,


Mesti uols kenal The Zorro kan ??
Hero tangkas bermain pedang yang menutup mukanya
dengan topeng hitam dan memakai topi.
The Zorro memakai topeng untuk menyembunyikan  wajah
 dan identiti nya dari dikenali.

Sewaktu saya mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan online
Saya  seperti  The Zorro yang tidak mahu dikenali
dan saya lebih selesa menyembunyikan identiti sendiri dari diketahui atau dikenali oleh pelanggan mahupun rakan-rakan sendiri
Pada saya, pendedahan identiti itu tidak penting dan tidak akan beri kesan pada perniagaan kerana memang dari dulu lagi, saya seorang pendiam dan tidak suka dikenali.

Apabila saya menghadiri kelas bersama beberapa Tokoh Bisnes berjaya
antara nasihat mereka ialah :-

1. Bina kepercayaan pelanggan dengan menyerlahkan identiti dan penampilan yang menarik
sebelum memulakan urusniaga.

2. Contohi gaya bisnes,  Nabi Muhammad S.A.W yang mengbrandkan dirinya sebagai Al-AMin, iaitu  Yang Jujur, Amanah dan yang dapat Dipercayai
Dengan gelaran Al-Amin inilah Nabi Muhammad mudah diberi kepercayaan dan peluang untuk bekerjasama dalam perniagaan di kalangan Ahli2 perniagaan yang berjaya,

3. Positioning diri, untuk dikenali dan memberi gambaran yang jelas kepada pelanggan
dan bonusnya dapat menarik perhatian editor , media  dan peluang lain2.

4. Dalam bisnes, adalah satu "dosa" jika bisnesman tersebut tidak mahu dikenali.

Selepas tamat kelas, hampir seminggu saya juga saya  fikir dan memahami maksud yang mereka sampaikan. Saya berbelah bahagi utk mengikut kata-kata mereka tersebut.

Apabila saya tanya dengan suami , katanya fikir betul2 apa tujuan dan matlamat kita untuk dikenali adakah untuk glamer dan famous semata-mata atau niat untuk memberi manfaat kepada orang lain,

Akhirnya, saya berpegang pada kata2 guru tersebut, pilih niat yang betul,
Niat dikenali supaya dapat membantu dan menambahnilai pada ramai orang,
Step pertama saya sudah mula meng uplodkan picture sendiri sebagai profile
yg mana sebelum ini saya lebih selesa dgn menggunakan gambar anak.
Sekarang sedang kumpul kekuatan dan keyakinan utk guna picture sendiri 
di facebook bisness dan Fanpage yang mepunyai lebih 50,000 rakan.
Doakan saya ye teman2,,,  :)


*************************************************************
HANANI ABDUL HAMID
PAKAR BISNES ONLINE BARANGAN BABY DAN KANAK2
NO 1 DI MALAYSIA

♥♥
Aja..aja... Fighting !
https://www.facebook.com/BUTIKFARISSA
Twitter :- https://twitter.com/HananiAbdHamid
https://www.facebook.com/PEMBORONGBAJUKANAK3?fref=ts








No comments:

Post a Comment